DXN MARKETING SDN BHD

213, WISMA DXN, LEBUHRAYA SULTAN ABDUL HALIM
05400 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
DXN MARKETING SDN. BHD


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
1.    PERMOHONAN KEAHLIAN
Untuk menjadi ahli, pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap serta menandatangani Borang Keahlian dan bersetuju untuk terikat dengan Undang-undang dan Peraturan. Permohonan untuk keahlian seumur hidup ini mestilah diluluskan oleh syarikat. Borang yang telah didis boleh dihantar ke stokis atau sub-stokis, di mana bil tunai dan kad sementara akan dikeluarkan segera. Kad sementera ini sah sehingga kad resmi dikeluarkan.
2.    TARAF KEAHLIAN
Permohonan boleh dikemukakan untuk taraf berikut:
(i)    Suami dan isteri, atau sebaliknya, diwajibkan untuk memohon sebagai ahli bersama dengan menggunakan nombor kod ahli yang sama.

(ii)    Sebuah perbadanan tidak boleh diterima sebagai ahli syarikat. Walau bagaimanapun, sekiranya ahli ingin menukar keahliannya kepada syarikat persendirian atau  perkongsian, kebenaran bertulis daripada syarikat perlu diperolehi terlebih dahulu.

3.    YURAN PENDAFTARAN
Pemohon dikehendaki membayar yuran pendaftaran seperti yang tercatat pada bil tunai atau pelan pemasaran syarikat.
4.    KIT KELENGKAPAN JUALAN
Sebuah kit kelengkapan jualan yang mengandungi brosur, risalah dan lain bahan berkenaan yang diluluskan oleh syarikat diberi percuma semasa pendaftaran.
5.    HAD UMUR
Hanya pemohon yang berumur 18 tahun keatas sahaja akan dipertimbangkan keahliannya.
6.    PESANAN PEMBELIAN AHLI
Produk boleh dibeli secara tunai daripada syarikat dan stokis / sub-stokis yang disahkan. Bil tunai akan dikeluarkan untuk setiap pembelian peribadi (ahli). Semua pembelian selepas akhir bulan tidak boleh dibelakangkan dari tarikh pembelian tersebut.
7.    KELAYAKAN UNTUK BONUS BULANAN
Semua bonus akan dibayar seperti yang tercatat di Pelan Pemasaran Syarikat apabila seseorang ahli mengekalkan nilai mata (PV) yang diperlukan.
8.    PERBEZAAN PADA PENYATA BONUS BULANAN
Syarikat mesti diberitahu dalam jangkamasa 30 hari dari tarikh penerimaan penyata bonus bulanan, mengenai sebarang perbezaan yang terdapat pada penyata tersebut. Syarikat tidak akan melayan apa-apa pertanyaan selepas jangkamasa yang ditentukan.
9.    TANGGUNGJAWAB SEBAGAI AHLI BEBAS
Seseorang ahli adalah ahli bebas dan beroperasi secara bersendirian. Oleh itu, ahli tidak boleh mengaku, mewakili atau menunjuk yang mereka sebagai pekerja dan / atau mempunyai pertalian pekerjaan dengan syarikat. Tindakan tatatertib akan diambil ke atas mereka yang melanggar peraturan ini.
10.    HAD / HAK KAWASAN
Semua ahli tidak mempunyai had atau hak terhadap sesuatu kawasan. Ahli tidak dibenarkan mengistiharkan bahawa mereka mempunyai hak tertentu terhadap sesuatu kawasan.
11.    HAD TERHADAP PRODUK
Produk syarikat ini tidak boleh dijual atau dipamerkan dikedai-kedai runcit, setor, pasar mini / pasar raya, setor tentera, emporium atau pertunjukan perdagangan.
12.    HARGA JUALAN
Harga jualan produk syarikat ditetapkan oleh pihak syarikat dan tiada seorang ahli pun dibenarkan memotong atau menaikkan harga. Ahli yang melanggar peraturan ini akan digantung atau ditamatkan keahliannya oleh syarikat.
13.    PENAJAAN AHLI SECARA TIDAK SAH DAN DENDANYA.
(a)    PENAJAAN SECARA TIDAK SAH DAN DENDANYA

Penajaan ahki secara tidak sah dalam konteks berikut adalah ditegah:

(i)    Menaja seseorang yang sudah menjadi ahli daripada kumpulan lain.

(ii)    Menaja isteri yang suaminya sudah menjadi ahli atau sebaliknya.

Tindakan berikut akan diambil sekiranya penajaan secara tidak sah terbukti berlaku:
(i)    Keahlian digantung atau ditamatkan dengan segera. Sekiranya ditamatkan keahlian, semua ahli yang ditaja secara tidak sah akan dipindahkan kepada penaja asal ahli berkenaan.

(ii)    Jika pasangan (B) seorang ahli (A) didapati menjadi ahli kumpulan lain, keahlian B akan ditamatkan segera dan semua ahli bawahan B akan dipindahkan kepada penaja asal ahli (A).

(iii)    Surat denda akan diberikan kepada semua yang terlibat.

(iv)    Tiada tunggakan bonus akan dipertimbangkan untuk semua kes-kes berkenaan.

(b)    PROXI DAN DENDA
Jika seseorang ahli membina kumpulan bukan di bawah hirarkinya tetapi mempunyai kepentingan peribadi terhadap perkembangan kumpulan tersebut, ahli tersebut dikatakan terlibat di dalam aktiviti proxi.

Sekiranya seseorang ahli didapati terlibat di dalam aktiviti tersebut, keahliannya akan digantung atau ditamatkan, dan kumpulan yang dibina secara proxi akan dipindahkan kepada penajanya.

14.    PENGLIBATAN DALAM SYARIKAT JUALAN LANGSUNG LAIN.
Seseorang ahli yang telah mencapai taraf Bintang Delima, Bintang Mutiara dan Bintang Berlian, tidak dibenarkan sama ada secara langsung atau tidak langsung (termasuk proxi) dengan apa jua carapun melibatkan diri dalam aktiviti syarikat jualan langsung yang lain atau aktiviti-aktiviti lain yang akan membawa kesan negatif kepada syarikat. Mana-mana ahli yang terlibat akan digantung atau ditamatkan keahliannya dengan segera.
15.    MELANGGAR KOD ETIKA SERTA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN.
Keahlian seseorang ahli akan digantung atau ditamatkan dengan segera sekiranya beliau melanggar Kod Etika serta Undang-undang dan Peraturan Syarikat.
16.    PEWARIS
Seseorang ahli dibenarkan melantik mana-mana rakyat Malaysia sebagai pewarisnya. Jika nama pewaris tidak diisikan pada borang keahlian, pewarisnya adalah saudara yang terdekat. Walau bagaimanapun, bagi kes kematian ahli yang beragama Islam, pewarisnya akan ditetapkan oleh mahkamah Syariah.
17.    BARANG KEPUNYAAN SYARIKAT
Lambang tanda perniagaan, pita video, alatulis dan bahan cetak yang berkaitan dengan syarikat adalah kepunyaan syarikat. Maka, ahli tidak dibenarkan mengguna atau mencetak semua tanpa kebenaran bertulis daripada pihak syarikat.
18.    BERHENTI / DIHENTIKAN KEAHLIAN
18.1    Diberhentikan Keahlian
Mana-mana ahli yang terlibat dengan kes-kes disiplin akan diberhentikan keahliannya. Dalam hal ini ahli tersebut dibenarkan memohon keahlian baru daripada syarikat selepas tempoh 6 bulan. Walau bagaimanapun penerimaan tersebut adalah tertakluk kepada pengesahan syarikat.
18.2    Berhenti Keahlian
Mana-mana ahli yang berhenti daripada keahlian, tidak akan dibenarkan sama sekali memohon semula keahlian.
19.    HAK SYARIKAT
Syarikat mempunyai hak muktamad untuk mengubah Undang-undang dan Peraturan dan menarik balik keahlian seseorang ahli apabila perlu.

Membership Application Form    Membership Application Form
 Ordering of Products  Ordering of Products.

Perniagaan DXN Marketing SDN. BHD