LATAR BELAKANG SYARIKAT DXN MARKETING SDN. BHD.


Suatu hari nanti, Malaysia bakal menjadi pengeluar utama Ganoderma Lucidum di dunia......

DXN Marketing Sdn. Bhd. diwujudkan pada tahun 1993, sebagai sebuah Syarikat Jualan Langsung tempatan yang mengeluarkan Ganoderma Lucidum dan Ganoderma Miselium dengan kepakaran dan teknologi tempatan tanpa bergantung kepada kepakaran teknologi asing. Hakikatnya, teknologi yang dimiliki DXN adalah lebih canggih dibandingkan dengan pengeluar Ganoderma luar negara. Keberkesanan produk DXN telah diperakui lebih 200,000 ahli dari pelbagai bangsa di dunia.

DXN digelar "SYARIKAT SATU NAGA" atas keupayaan menguasai segala kegiatan termasuk penanaman, pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran produk. Atas kekuatan aspek teknikal dan kedudukan kewangan yang kukuh, kami melaksanakan konsep "SATU DUNIA, SATU PASARAN". Di bawah konsep ini, ahli DXN berupaya menjalankan urus niaga di peringkat antarabangsa, hanya dengan satu Kad Keahlian. Di samping itu Pelan Pemasaran kami DXN adalah mudah dan tanpa tekanan; Jualan PV kelayakan rendah; 100% timbunan PV; dan pangkat kekal berterusan.

Selaras dengan aspirasi untuk menguasai pasaran Ganoderma tempatan yang sekian lama dimonopoli negara luar, DXN bergerak aktif menerokai pasaran baru di luar negara. Semoga syarikat akan terus mencapai pertumbuhan dan menjadi pengeluar Ganoderma yang terbesar di dunia dalam jangka waktu yang terdekat ini.


    PERMOHONAN MENJADI AHLI / MEMBERSHIP APPLICATION FORM
    TEMPAHAN PRODUK / ORDERING OF PRODUCTS

Profil Syarikat DXN


Last Update: 30/01/99
Web Author: MR.RAYNER BIAM ANJUMAL
Copyright ©1998 by RBA. ENTERPRISE - ALL RIGHTS RESERVED